Jumaat, 12 April 2013

Bab Berkaitan Dengan Kejadian Rasulullah SAW

Anas bin Malik r.a menyatakan: Bahawa Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Kulitnya tidak putih melepak dan tidak pula hitam. Rambutnya tidak berketak-ketak kerinting., tidak pula lurus. Allah s.w.t mengutuskan baginda menjadi rasul ketika umurnya empat puluh tahun. Baginda tinggal di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Maka Allah s.w.t mewafatkan baginda pada umur 60 tahun dan tiada uban di atas kepalanya dan janggutnya melebihi 20 helai.

Anas bin Malik r.a menyatakan: bahawa Rasulullah SAW sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah tubuhnya cantik rambutnya tidak kerinting tidak pula lurus, kulitnya putih kemerahan dan bila baginda berjalan. sedikit condong kehadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan