![]() |
| HARGA: RM 30.00 (Tidak termasuk kos penghantaran pos Kos pos ditanggung oleh pembeli) |
Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca blog saya ini. Marilah kita fikirkan sejenak dan lihat didalam rumah yang kita tinggal. Ada x ape2 yang kita pandang, kita akan ingat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan terus berselawat?. x ada kan? bagi yang ada... alhamdulillah. Dengan terhasilnya kaedah Formula 10M ini, mudah2an dapat membantu kita mengingati baginda nabi dan sekaligus berselawat padanya serta mengamalkan segala sunnah2nya...
1M - MEMPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH DENGAN BERSOLAT FARDHU.
- Dan solat sunat setiap hari.
2M - MENGAMALKAN SOLAT TAHAJJUD.
- Kerana kemuliaan seorang mu'min terletak pada Solat Tahajjudnya.
3M - MEMBACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI.
- Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca Al-Quran terlebih dahulu dam memahami isi kandungannya.
4M - MASJID JANGAN DITINGGALKAN TERUTAMA DI WAKTU SUBUH.
- Sebelum melangkah kemanapun, langkahlah kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana muazzin tetapi kerana panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
5M - MENJAGA SOLAT DHUHA.
- Kerana kunci rezeki terletak pada Solat Dhuha.
6M - MEMBERI SEDEKAH SETIAP HARI.
- Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang besedekah setiap hari.
7M - MEMELIHARA WUDHU' BERTERUSAN.
- Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a "Orang yang selalu berwudhu sentiasa merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat dengan 2 doa:
i - Ampuni Dosa.
ii - Sayangi Dia Ya Allah.
8M - MENJADIKAN ISTIGHFAR SEBAGAI AMALAN.
- Dengan istighfar segala masalah terjadi kerana dosa kita akan dijauhi oleh Allah s.w.t.
9M - MELAKSANAKAN ZIKIR HARIAN.
- Zikir harian dilaksanakan dengan tujuan untuk melembutkan hati akan mendatangkan rahmat dari Allah s.w.t.
10M - MEMBUAT PERMOHONAN DOA.
- Berdoalah kepada Allah s.w.t agar kita sentiasa berada dalam kebaikan di dunia dan di akhirat.
Untuk Tempahan: Sila hubungi saya MOHD IQBAL MOHD BETA ditalian 019 791 9190

Untuk membuat tempahan, silalah hubungi saya di talian 019 791 9190. In shaa allah semoga ape yang anda amalkan anda boleh sampaikan pada orang lain.
BalasPadam